Kalau macam saya dulu,lepas SPM saya sambung belajar dekat Giatmara jerr.. sebab x dapat panggilan untuk pergi ke Program PLKN dulu. Daripada asyik duduk rumah + bosan, baik saya pergi dekat Giatmara tuh.. Belajar benda baru.. Belajar bidang kemahiran pulak. Saya amik kursus masakan dan pramusaji dulu..besttt.. korang boleh belajar memasak + etika-etika ketika nak menghidang makanan serta cara nak melayan tetamu itu sendiri. tak rugi lansung. Cikgu-cikgu pun sporting sangat.. Lepas dapat panggilan masuk ke program Matrikulasi, saya pun terpaksalah menamatkan tempoh pengajian dekat Giatmara tu, walaupun sedih, tapi saya happy sbb boleh belajar banyak benda dekat situ. Terima kasih semua cikgu2 ku.🍭🍭
Lepas tamat matrikulasi pula, sy dpt tawaran untuk sambung Degree dekat Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Yeay! dapat balik negeri sendiri pula~~
untuk pengetahuan korang semua, saya dpt tawaran untuk sambung degree dalam program Pemuliharaan Dan Pengurusan Diversiti. Mula-mula dpt tau yang saya akan sambung kos tu, saya rasa happy sangat.. sebab saya minat gilerr tajuk ni time belajar dekat matrikulasi dulu dlm subjrk biologi. lepas dpt tau yg akan sambung dlm kos tu, saya dah mula survey dia punya subjek serta prospek kerjaya dia..kalau cakap Diversiti mesti org akan ingat pokok dengan hawan kan? sama lah macam saya,, tapi lepas survey prospek kerjaya tu,, luas jugak sebenarnya,, bkn setakat jadi org yg kerja dkt perhilitan atau zoo sahaja ..macam yg kawan saya cakap tu😕...
kami yang student ni pun rasa ter'Inspired' bila dengar latar belakang Dr kami...
Harapnya kami semua dapat la GOT@ Graduate On Time dalam masa 3 tahun dari sekarang.. Aminn..😇😇
No comments:
Post a Comment