Tuesday, 23 February 2016

jenis-jenis tepung

Okey..harini memang tak tau nak buat entry apa...tiba-tiba teringat time kena prank hari lahir dahulu yang kena baling dengan tepung tu....


so, hari ini ...kita belajar untuk mengenali jenis-jenis  tepung yang ada dalam dunia masakan ini...jenis-jenis tepung yang ada ni rasanya ada juga yang tidak tahu....begitu jugalah dengan saya.... saya pun tak tahu jugak...sampai pernah tertukar tepung kastad dengan tepung jagung pun ada......


back to what I want to share with all of you...

JENIS-JENIS TEPUNG

1.Tepung gandum



2.Tepung kek


3.Tepung naik sendiri




4.Tepung high-protein




5.Tepung pau



6.Tepung kastard



7.Tepung jagung



8.Tepung beras



9.Tepung pulut



10.Tepung ubi kayu



11.Tepung hon kwee




....setakat ini sahajalah perkongsian mengenai jenis-jenis tepung dan packaging dia..make sure lepas ini tak tertukar lagi...sumber gambar-gambartersebut saya ambil dari google shaja...semoga dapat membantu anda semua kelak...

assalammualaikum semua~ ~

pabila cuti menjelma.....

Hai semua, apa khabar? Balik cuti lepas habis exam mesti nak bersiar-siar makan anginkan? so, samalah juga dengan saya. kalau negeri Terengganu antara tempat menarik di sana ialah Taman Tamadun Islam (TTI).kebetulan pulak selepas sampai rumah clasmate masa belajar di giatmara telefon, ajak keluar jalan, rindu katanya kita pun apalagi, lampu hijau sahajalah. hehehehe.....so enjoy the view there! siap ada kincir angin lagi tauuuu...... boleh feeling2 kat luar negara gituhh..













kalau dah penat berjalan-jalan tu,perut mesti lapar kan....singgah sebentar lah dekat kafe yang ada di situ..makanan pun boleh tahan sedap..harga pun berpatutan.
siap ada sotong celup tepung lagi...sedap hingga menjilat jari..YUMMY!

Tuesday, 16 February 2016

SAHABAT....

Pejam celik, pejam celik, lama dah rupanya sudah kutinggalkan zaman persekolahan ni. Rindu rasanya nak tengok semula telatah kawan-kawan... Ada ketikanya masa suka, kita suka bersama.. masa sedih, kita sedih bersama.... Masa makan ,kita makan bersama (yang point paling penting, sebab best makan ramai2,meriah), masa tidur dalam kelas... Kita tidur bersama (kitaorang tidur masa gap sahaja ya...tak main lah tidur masa cikgu tengah belajar)...




Sekarang, masing - masing dah berpecah, pergi merantau lah katakan....sorang pegi utara, sorang pergi selatan, sorang pergi timur, sorang pergi barat.....bahkan,yang kena pergi Sarawak pun ada juga...tak apalah,,,kita pergi menuntut ilmu jauh-jauh... nanti masa cuti semester kita jumpa semula ya...






Betul lah seperti kata orang...bila ada depan mata  kita tak rindu, bila dah jauh mulalah hati ini merindui setiap kenangan yang kita bina bersama...apa-apapun korang semua memang terbaik...terima kasih kerana sudi,menjadi sahabatku..huuuuu....(aishh....sape potong bawang ni...)



Segala cabaran kita tempuhi bersama..teringat masa dekat2 peperiksaan SPM dahulu,walaupun batch kita tak berapa nak mantap keputusannya sepanjang peperiksaan dalaman diadakan, tetapi berkat usaha guru, diri sendiri serta bantuan dan dorongan yang korang berikan... Alhamdullilah...keputusan kelas kita GEMPAK....apa2 pun..Aku harap..nanti bila ada masa lapang kita semua berkumpul semua buat reunion...

So, aku nak dedikasikan kata-kata di bawah ini khas untuk korang







ROTI POKET.

balik cuti semester baru ni..adik kata nak makan POKET DORAEMON...ingatkan apa,rupanaya ROTI POKET...bagi siapa yang tidak tahu apa itu roti poket,,, roti poket ni roti biasa tu,,,cuma bentuk dia sahaja yang macam poket,, rasanya ramai yang kenal...

bagi siapa yang nak cuba buat ...silakan...saya share resipinya...

bahan-bahannya:

roti putih

1 tin sardin

1 labu bawang merah

cili giling

serbuk roti

seasoning

cara masak sardin:

Tumiskan bawang sehingga naik bau,kemudian masukkan cili giling...masak sehingga cili giling masak....kemudian masukkan sardin...biarkan seketika....kemudian tambahkan seasoning...

p/s: kalau untuk buat inti roti poket ini,,sebaiknya sardin tersebut tidak terlalu berkuah..

Cara-caranya:

1.Roti putih sebanyak dua keping dilapiskan bersama. Kemudian digelek dengan menggunakan rolling pin(penggelek) untuk melekatkan dua roti tersebut.

2.Apabila sudah melekat, tekapkan dengan acuan berbentuk bulat.Kelimkan tepi roti tersebut dengan menggunakan garfu.

3.Celupkan roti tersebut ke dalam telur yang telah dipukul.

4.Kemudian, salutkan dengan serbuk roti.(serbuk roti boleh didapati di pasaraya ataupun kedai bakeri)

5.Kemudian, panaskan minyak hingga panas dalam kuali,kemuadian gorengkat roti yang telah disalut dengan serbuk roti tadi. selalu pantau roti tersebut kerana ianya mudah hangus kalau dibiar lama.roti tersebut akan mengembang ,,apabila sudah mengembang, angkat dan toskan.

6.potong roti tersebut kapada dua bahagian..masukkan inti sardin kedalam bahagian dalam roti tersebut. Tambahkan sayur-sayuran seperti salad , timun dan tomato sekiranya suka.

7.Siap untuk dihidangkan.





Monday, 15 February 2016

Assalammualaikum semua,,,so sekarang sudah tamat cuti semester...now it's time FOR STUDY and NO MORE PLAY-PLAY ya,,,rugi sangat kalau masa yang ada ni dibazirkan begitu sahaja...so... STAY STRONG and KEEP MOVING FORWARD....WALAUPUN hati masih dekat rumah...hidup must GO ON!!!    

About Me

My photo
~If you don't think shoes are important, just ask Dorothy and Cinderella~