Tuesday, 16 February 2016

ROTI POKET.

balik cuti semester baru ni..adik kata nak makan POKET DORAEMON...ingatkan apa,rupanaya ROTI POKET...bagi siapa yang tidak tahu apa itu roti poket,,, roti poket ni roti biasa tu,,,cuma bentuk dia sahaja yang macam poket,, rasanya ramai yang kenal...

bagi siapa yang nak cuba buat ...silakan...saya share resipinya...

bahan-bahannya:

roti putih

1 tin sardin

1 labu bawang merah

cili giling

serbuk roti

seasoning

cara masak sardin:

Tumiskan bawang sehingga naik bau,kemudian masukkan cili giling...masak sehingga cili giling masak....kemudian masukkan sardin...biarkan seketika....kemudian tambahkan seasoning...

p/s: kalau untuk buat inti roti poket ini,,sebaiknya sardin tersebut tidak terlalu berkuah..

Cara-caranya:

1.Roti putih sebanyak dua keping dilapiskan bersama. Kemudian digelek dengan menggunakan rolling pin(penggelek) untuk melekatkan dua roti tersebut.

2.Apabila sudah melekat, tekapkan dengan acuan berbentuk bulat.Kelimkan tepi roti tersebut dengan menggunakan garfu.

3.Celupkan roti tersebut ke dalam telur yang telah dipukul.

4.Kemudian, salutkan dengan serbuk roti.(serbuk roti boleh didapati di pasaraya ataupun kedai bakeri)

5.Kemudian, panaskan minyak hingga panas dalam kuali,kemuadian gorengkat roti yang telah disalut dengan serbuk roti tadi. selalu pantau roti tersebut kerana ianya mudah hangus kalau dibiar lama.roti tersebut akan mengembang ,,apabila sudah mengembang, angkat dan toskan.

6.potong roti tersebut kapada dua bahagian..masukkan inti sardin kedalam bahagian dalam roti tersebut. Tambahkan sayur-sayuran seperti salad , timun dan tomato sekiranya suka.

7.Siap untuk dihidangkan.





No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
~If you don't think shoes are important, just ask Dorothy and Cinderella~