Pejam celik, pejam celik, lama dah rupanya sudah kutinggalkan zaman persekolahan ni. Rindu rasanya nak tengok semula telatah kawan-kawan... Ada ketikanya masa suka, kita suka bersama.. masa sedih, kita sedih bersama.... Masa makan ,kita makan bersama (yang point paling penting, sebab best makan ramai2,meriah), masa tidur dalam kelas... Kita tidur bersama (kitaorang tidur masa gap sahaja ya...tak main lah tidur masa cikgu tengah belajar)...
Sekarang, masing - masing dah berpecah, pergi merantau lah katakan....sorang pegi utara, sorang pergi selatan, sorang pergi timur, sorang pergi barat.....bahkan,yang kena pergi Sarawak pun ada juga...tak apalah,,,kita pergi menuntut ilmu jauh-jauh... nanti masa cuti semester kita jumpa semula ya...
Betul lah seperti kata orang...bila ada depan mata kita tak rindu, bila dah jauh mulalah hati ini merindui setiap kenangan yang kita bina bersama...apa-apapun korang semua memang terbaik...terima kasih kerana sudi,menjadi sahabatku..huuuuu....(aishh....sape potong bawang ni...)
Segala cabaran kita tempuhi bersama..teringat masa dekat2 peperiksaan SPM dahulu,walaupun batch kita tak berapa nak mantap keputusannya sepanjang peperiksaan dalaman diadakan, tetapi berkat usaha guru, diri sendiri serta bantuan dan dorongan yang korang berikan... Alhamdullilah...keputusan kelas kita GEMPAK....apa2 pun..Aku harap..nanti bila ada masa lapang kita semua berkumpul semua buat reunion...
So, aku nak dedikasikan kata-kata di bawah ini khas untuk korang
No comments:
Post a Comment